Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Susu Segar Bermutu

Apakah susu segar yang bermutu?

Protein untuk pertumbuhan dan pembinaan tisu seluruh badan.

  • Laktosa boleh menambah penyerapan kalsium dan fosforus yang penting untuk pembentukan tulang dan gigi.
  • Lemak untuk sumber tenaga.
  • Vitamin dan galian untuk menjauhi penyakit.

Susu segar yang telah diperah dan ditapis akan diisikan ke dalam “chum” atau tong susu yang bersih dan disimpan di tempat yang redup dan tidak terkena pancaran matahari. Susu ini akan dihantar secepat mungkin ke Pusat Pengumpulan Susu, Jabatan Perkhidmatan Haiwan untuk disejuk dan disimpan di dalam tangki sejuk pada suhu 3 – 4 oC sementara menunggu pemprosesan.

Susu segar mesti disimpan sejuk iaitu pada suhu 3o – 4o C bagi membekukan aktiviti pembiakan bakteria yang terdapat di dalam susu. Sekiranya tidak disimpan sejuk, bakteria akan terus membiak dan ia akan mempercepatkan lagi susu menjadi rosak.

Di dalam susu terdapat banyak globul-globul lemak, yang mana kandungannya juga termasuk enzim lipase. Apabila dinding globul pecah, enzim-enzim ini akan bebas dan akan menguraikan lemak menjadikan susu berubah rasa – masam.

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan susu rosak. Antaranya adalah seperti berikut :

Pemprosesan susu yang dimaksudkan adalah samada susu dirawat pada suhu yang tinggi, dihomogenkan, difermentasi, disejat, diadun atau dirawat dengan enzim dan lain-lain proses.

Tujuan susu diproses adalah untuk menentukan bahawa susu selamat diminum dan boleh disimpan lama.

Susu yang telah dirawat pada suhu yang tinggi mengikut salah satu kaedah pempasteuran berikut :

Suhu susu dinaikkan kepada 63o-65oC dan dikekalkan selama 30 minit dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3o– 4o C sebelum dipak dan disimpan.

Suhu susu dinaikkan kepada tidak kurang daripada 72oC dan dikekalkan selama 15 saat dan disejukkan secepat mungkin kepada suhu 3-4oC sebelum dipak dan disimpan.

Pempasteuran irii adalah pemprosesan yang biasa dilakukan untuk “susu segar”.

Susu pasteur hendaklah sentiasa disimpan pada suhu, 3 -4o C

Susu yang telah ditapis dan dihomogenkan dan seterusnya dinaikkan suhunya kepada tidak kurang 106oC selama tempoh yang mencukupi untuk menjadikannya steril secara komersial dan terus dipak di dalam bekas berkedap.

Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T

Susu suhu ultra tinggi atau susu U.H.T. adalah susu yang telah di rawat pada suhu tidak kurang datipada 135oC sekurang-kurangnya selama 2 saat, dan seterusnya dipak secara aseptik ke dalam bekas yang steril.

Susu skim

Susu skim atau susu tanpa lemak adalah susu yang lemaknya telah dipisahkan dan dikurangkan kepada tidak kurang daripada 0.5 peratus.

Susu campuran semula

Susu campuran semula adalah susu yang telah dihasilkan dengan mencampurkan konstituen susu dengan air atau susu dengan kedua duanya sekali dan seterusnya dirawat secara pempasteuran, pensterilan atau suhu ultra tinggi.

Susu bancuhan

Susu bancuhan adalah susu yang dihasilkan dengan rnenambah air kepada susu tepung penuh krim yang biasanya dirawat secara pensterilan atau suhu ultra tinggi.

Susu tepung penuh krim

Susu tepung penuh krim adalah susu yang kandungan airnya telah dikeluarkan, dan mengandungi tidak kurang daripada 5 peratus air dan 26 peratus lemak.

Susu tepung skim

Susu tepung skim adalah susu tepung skim yang kandungan airnya telah dikeluarkan dan mengandungi tidak lebih daripada 3 peratus air dan mempunyai kandungan lemaknya tidak lebih daripada 1.5 peratus.

Susu sejat

Susu sejat atau susu pekat adalah susu yang diperolehi dengan menyejat daripada susu sebahagian daripada airnya atau dengan menbancuh konstituen susu.

Boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu susu sejat tawar atau susu sejat manis (dimana terdapat tambahan gula).

Susu isian

Susu isian (ialah susu yang menyerupai susu segar, yang mana lemak susunya diganti keseluruhan atau sebahagiannya dengan minyak makan sayuran atau lemak makan sayuran yang setara atau kombinasi kedua-duanya.

Susu rendah laktosa

Susu yang mengandungi laktosa rendah atau glukosa dan galaktosa. Ini dihasilkan dengan menggunakan enzim laktase. Susu ini (dihasilkan khas bagi pengguna yang tidak dapat menghadam susu laktosa (“lactose intolerence”).

Susu berperisa

Susu berperisa adalah susu yang mengandungi gula, bahan perisa, bahan pewama dan kondisioner makanan yang dibenarkan. Susu ini boleh samada dipasteur, disteril atau dirawat pada suhu ultra tinggi.

Dadih

Dadih merupakan produk susu segar. lanya adalah agar agar susu yang diperolehi dengan menggunakan enzim rennet atau agar-agar, dan mengandungi gula, tepung jagung/ susu skim, atau/ dan bahan perisa yang dibenarkan.

Anda boleh berhubung terus dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar yang berhampiran atau Ibu Pejabat Perkhidmatan Veterinar di negeri masing masing.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement