Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Ladang Penternak Ayam Kontrak

Bolehkah saya mengetahui syarat-syarat kontrak secara am?

Di antara syarat-syarat utama yang perlu anda sebagai penternak patuhi adalah seperti berikut:-

  • Tidak membeli anak ayam dan makanan secara kredit daripada integrator/syarikat lain.
  • Memelihara ayam-ayam yang dibekalkan dengan baik.
  • Tidak menjual ayam-ayam atau makanan yang dibekalkan kepada orang lain.
  • Bertanggungjawab ke atas semua kos yang terlibat sehingga ayam yang dipelihara dijual.
  • Menjaga kebersihan ladang dan pengurusan seperti yang dikehendaki oleh integrator.

Selain daripada syarat-syarat am di atas, pihak integrator mungkin ada syarat-syarat yang lebih khusus lagi. Pastikan anda telah benarbenar faham dengan kontrak sebelum ianya dipersetujui. Sebagai contoh, ada pihak integrator yang mahukan anda menghantar ayam ke pusat pemprosesan dengan berat badan yang telah ditetapkan di dalam kontrak.

Syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi. Prestasi penternakan anda juga adalah diawasi oleh integrator. Jika anda tidak mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan prestasi penternakan anda pula rendah, kontrak anda mungkin dibatalkan pada bila-bila masa

Bagaimana mendapatkan keuntungan dari sistem kontrak?

  • Jika anda adalah penternak yang masih baru dan belum berpengalaman, mulakan ternakan anda dengan bilangan minima yang ditetapkan oleh integrator. Tetapi, apabila telah berpengalaman, tingkatkan bilangan ayam yang anda pelihara. Jika anda seorang penternak yang gigih dan dibantu pula oleh keluarga, 10,000 ekor ayam bagi satu pusingan adalah dicadangkan (setahun anda boleh memelihara sebanyak 5 pusingan).
  • Kurangkan kematian di bawah paras 4% sahaja untuk memperbaiki keuntungan bersih.
  • Jangan membazir makanan. Sentiasa periksa kedudukan bekas makanan ayam anda. Kedudukan bekas makanan yang terlalu rendah bagi ayam yang telah berumur 2 minggu ke atas menyebabkan makanan terbuang dan akan menyebabkan pembaziran.
  • Pastikan sistem pengurusan, termasuk kesihatan ayam yang dipelihara sentiasa diberi perhatian.

Siapakah yang menyediakan ubat-ubatan dan khidmat nasihat?

Pihak integrator. Malah pihak integrator akan menghantar wakil-wakil mereka untuk memberi khidmat nasihat yang anda perlukan.

Dari mana pelan dan anggaran kos reban ayam boleh diperolehi?

Kebanyakan integrator mempunyai pelan reban yang mana anda terpaksa ikuti. Anggaran kos mendirikan reban juga~ada disertakan.

Saya ingin menternak 5,000 ekor ayam, berapa banyakkah modal untuk reban dan peratatan yang diperlukan untuk menternak ayam?

Oleh kerana harga bahan-bahan seperti kayu, atap, upah dan lain-lain adalah berbeza mengikut tempat, anda mestilah mempunyai modal di antara RM15,000 – RM20,000 untuk reban dan peralatan yang diperlukan.

Adakah integrator menetapkan bilangan minima ayam daging yang ingin dipelihara?

Ada. Kebanyakan integrator bersetuju mengadakan kontrak dengan anda jika anda ingin memelihara di antara 3,000-4,000 ekor ayam daging satu pusingan.Pastikan dengan integrator yang telah anda pilih berapa bilangan minima ayam daging yang membolehkan anda memulakan ternakan secara kontrak tersebut.

Berapa kali pemeliharaan boleh didapati bagi setahun?

Ia bergantung kepada kontrak. Jika kontrak yang anda perolehi memerlukan ayam berumur 35 – 40 hari, anda boleh memelihara sehingga 6 kali setahun. Tetapi, jika anda dikehendaki memelihara sehingga 45 – 50 hari, anda boleh memelihara sebanyak 5 kali pusingan/tahun.

Jika saya kekurangan wang sebagai modal untuk pembinaan reban dan pembelian peralatan yang diperlukan, bolehkah saya meminjam daripada bank?

Boleh. Tetapi biasanya bank akan membiayai 60 – 70% daripada modal keseluruhan untuk tujuan pembinaan reban dan pembelian peralatan tersebut. Hubungilah bank yang berdekatan untuk keterangan lanjut.

Adakah skim kontrak ternakan ayam daging ini menguntungkan?

Tentu sekali. Secara am anda boleh mendapati 30 – 40 sen untung bersih bagi setiap ekor ayam yang anda jual. Jika kematian ayam rendah, mungkin anda boleh mendapat untung yang lebih tinggi lagi. Pastikan makanan ayam daging yang dibekalkan digunakan dengan cekap agar kadar tukaran makanan (FCR) anda mencapai 2.0 – 2.1 pada berat ayam 2 kg hidup.

Apakah kadar tukaran makanan atau FCR tersebut?

Kadar tukaran makanan, atau FCR itu ialah satu nilai yang menggambarkan banyak makanan yang diperlukan oleh seseekor ayam untuk menukar makanan kepada daging. Sebagai contoh, jika kadar tukaran makanan ayam daging anda 2.2, ini bermakna anda terpaksa memberi 2.2 kg makanan untuk ditukarkan menjadi 1 kg daging.

Kadar tukaran makanan ini bergantung kepada beberapa faktor. Di antaranya:-

  • Kuatiti dan baka anak ayam
  • Kualiti dan jenis rnakanan yang diberikan
  • Kadar kematian.
  • Pembaziran makanan akibat daripada kecuaian untuk menetapkan ketinggian bekas makanan.
  • Pengurusan keseluruhannya termasuk status penyakit di ladang ternakan.

Oleh kerana kualiti makanan dan anak ayam yang diberikan oleh pihak integrator adalah terjamin, anda mestilah mengawasi kadar kematian ayam-ayam daging yang anda pelihara. Jika ayam yang ada pelihara mati, makanan yang selama ini diberikan kepada ayam tersebut adalah sia-sia sahaja. Ini yang menyebabkan kadar tukaran makanan ayam daging anda menjadi 2.5 atau 2.6 dan sebagainya.

Kadar tukaran makanan yang baik adatah dalam lingkungan 2 pada berat badan 2 kg, iaitu ayam daging anda memerlukan 2 kg makanan untuk ditukar menjadi 1 kg daging.

Adakah penternak yang mengalami kerugian daripada kontrak ayam daging ini dan kenapa?

Ada. Terdapat beberapa sebab. Di antaranya disebabkan oleh:

  • Kematian yang melebihi 5%
  • Kadar tukaran makanan sehingga melebihi 2.25 pada berat badan kg. 2 (hidup)

Adakah pihak integrator datang menangkap ayam yang telah cukup berat dan umurnya?

Tidak semestinya. Ada integrator yang datang menangkap ayam di reban. Tetapi, ada juga yang mahukan anda menghantarnya ke loji pemprosesan ayam

Oleh kerana sema input diberi secara kredit, bagaimana hutang terhadap integrator diselesaikan?

Sebelum ayam anda dikeluarkan oleh integrator dari ladang atau selepas ayam tersebut sampai di loji pemprosesan, ayam akan ditimbang. Pendapatan anda akan ditentukan. Pihak integrator akan menolak semua kos anak ayam, makanan, ubat-ubatan yang telah anda gunakan. Bakinya adalah milik anda. Tetapi jangan lupa selesaikan hutang bank anda terlebih dahulu, jika anda masih belum habis menjelaskan hutang untuk pembinaan reban dahulu.

Bagaimana boleh berjaya dalam ternakan ayam daging berkontrak?

  • Anda mesti lah seorang yang berdisiplin dan bersungguh-sungguh semasa menjalankan kontrak ternakan tersebut.
  • Sistem kontrak ini bukan tajaan kerajaan. Pihak integrator tidak akan meneruskan kontrak jika anda didapati tidak berminat untuk meneruskannya. Prestasi anda sentiasa diawasi.
  • Untuk mencapai kejayaan dan keuntungan, anda mestilah meneruskan projek ini sekurang-kurangnya selama 5 tahun berturut-turut. Jika selepas 1 atau 2 pusingan ancla berhenti atau diberhentikan, hutang dari pinjaman anda pun tidak mungkin habis dibayar.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement