Adakah Kolam Air Mesti Disediakan Untuk Memelihara Itik Telur?
Itik telur memerlukan air yang secukupnya untuk minum. Kolam air adalah tidak diperlukan.
Baka-baka Itik Telur Yang Sesuai Dan Pengeluarannya
Terdapat beberapa baka itik telur yang sesuai dipelihara oleh penternak-penternak. Baka dan pengeluaran telur bagi itikitik telur tersebut adalah seperti di Jadual 1
Baka | Berat Telur (gm) | Bil. Telur setahun (52 minggu) |
Khaki Campbell Kacukan (Thailand) |
70 |
260 – 274 biji |
Kortlang Khaki Campbell (U.K.) |
70 |
300 – 320 biji |
Indian Runner |
70 |
250 – 275 biji |
Cherry Valley C2000 |
75 |
275 – 280 biji |
Itik Jawa |
65 |
180 – 200 biji |
Dari Mana Baka-baka Itik Telur Ini Boleh Diperolehi?
Pada masa sekarang terdapat dua (2) sumber utaria yang dapat membekalkan anak itik telur pada penternak. Pembekal yang mengimport anak itik telur dari luar negeri seperti dari negeri Thailand. Pusat penetasan anak itik telur tempatan.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan, melalui Pusat Latihan Ternakan di Sungai Siput (Utara) ada memelihara indukbaka itik telur dan mempunyai unit penetasan yang mampu mengeluarkan anak itik telur dari baka Khaki Campbell.
Berapakah Harga Seekor Anak Itik?
Harganya berbeza-beza. Biasanya di dalam lingkungan $0.80 – $2.00 seekor. Harga anak itik telur daripada Pusat Latihan Ternakan, Sungai Siput hanya $1.50 seekor dan hanya anak itik betina saja akan dibekalkan kepada penternak. Pastikan anak itik yang terdiri daripada baka yang baik sahaja digunakan walaupun anda terpaksa membayar dengan harga yang mahal sedikit. Anak itik yang murah adalah anak itik yang berkualiti rendah dan tidak akan mengeluarkan telur seperti yang dijangkakan.
Adakah Anak Itik Berumur Sehari Memerlukan Api/lampu ?
Pengurusan anak itik yang baru sampai adalah hampir sama seperti memelihara anak ayam berumur sehari. Api/lampu hendaklah dihidupkan disebelah malam sehingga 10 hari untuk memanaskan badan anak itik tersebut.