Apakah Baka Arnab Yang Sesuai Diternak Untuk Pengeluaran Daging Secara Komersial?
Baka-baka yang sesuai untuk pengeluaran daging adalah seperti:
- New Zealand White
- Calfornian
- Carolina
- New Simonare
- Sepanyol
Apakah Perbezaan Antara Arnab Baka Import dan Baka Tempatan?
Arnab tempatan mempunyai berbagai warna yang bertompok seluruh badan. Keistimewaan arnab tempatan ini adalah mempunyai lebih ketahanan terhadap serangan penyakit tetapi kadar tumbesarannya lambat. Untuk permulaan boleh juga menggunakan arnab tempatan. Tetapi untuk pengeluaran komersial adalah digalakkan menggunakan baka pedaging.
Pemilihan baka Pedaging biasanya diimport di atas adalah kerana berapa ciri pedaging yang ada pada arnab import lebih ketara berbanding pada arnab tempatan, seperti:
- Purata bilangan anak peranakan 7-9 ekor.
- Purata bilangan anak masa cerai susu 6-8 ekor.
- Berat akhir boleh dicapai pada masa umur 2 bulan.
- Berat dalam masa dua bulan adalah lebih kurang 2 kg.
- Pusat jualan baka
Di Manakah Baka-baka Arnab Boleh Didapati dan Berapakah Harganya?
Baka arnab jurusan pedaging ini adalah baka-baka arnab yang boleh dimport dari negara-negara seperti United Kingdom, German Barat, ltali dan Perancis.
Namun begitu, terdapat beberapa ladang di negara kita yang telah menjual baka-baka ini, dan harganya adalah lebih murah berbanding dengan import secara terus. Senarai ladang-ladang dalam appendix 1