Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Pemakanan Itik Telur

Apakah Panduan Semasa Memberi Makanan Kepada Itik Telur?

Pada peringkat anak sehingga minggu ke 20, makanan komersial yang seimbang adalah digalakkan. Makanan yang scimbang akan menggalakkan pertumbuhan badan itik dan itik-itik akan bertelur pada masa yang dijangkakan. Ada penternak yang hanya memberi sisa nasi dan dedak padi pada masa ini. Cara pemberian makanan cara ini adalah didapati tidak sesuai.

Bagi itik yang sedang bertelur, makanan yang sering diberikan terbahagi kepada 3:

  • Makanan tradisional – dedak padi, beras hancur ikan baja.
  • Makanan campuran sendiri – penternak mencampurkan bahan-bahan mentah mengikut sukatansukatan tertentu seperti Hampas Kacang Soya, Beras Hancur, Serbuk Ikan dan lain-lain sebelum diberikan kepada itik yang sedang bertelur.
  • Makanan komersial – makanan ini dibeli di kedai pembekal makanan ayamitik dan boleh digunakan terus kepada itik telur.

Bagaimana Mendapatkan Berat Badan Itik Yang Seimbang?

Selain daripada memberi makanan yang bersukat, bekas makanan mestilah mencukupi. Cara mudah untuk mengetahui luas bekas makanan yang mencukupi atau tidak ialah dengan cara melihat itik-itik tersebut semasa diberi makan. Jika semua itik boleh makan screntak apabila diberi makanan, luas bekas makanan tersebut adalah baik dan mencukupi.

Scritiasa tambah panjang bekas makanan itik anda kerana itik yang telah besar memerlukan keluasan bekas makanan yang lebih besar. Berat badan itik sering tidak scimbang terutama diperingkat anak dan ini berlaku apabila keluasan bekas makanan dan makanan yang tidak mencukupi.

Tangkap anak-anak itik yang kecil dan asingkan dari yang telah besar. Tambah makanan 10-20 gm sehari untuk 1 – 2 minggu bagi anak itik yang kecil sehingga ia sama besar dengan kumpulan asalnya.

Apabila beratnya telah seimbang dengan kumpulan itik yang tidak bermasalah, berilah kuantiti makanan yang sama seperti yang telah dijadualkan. Jadual makanan itik telur yang teratur boleh didapati daripada Jabatan. Perkhidmatan Haiwan yang terdekat dengan anda.

Mengapa Makanan Itik Telur Bersukat?

Makanan yang diberi kepada itik telur mesti bersukat atau ditimbang terlebih dahulu. Makanan yang tidak mencukupi akan membantutkan pembesaran itik telur. Itik yang kurang makanan lambat besar dan tidak bertelur pada masa yang dijangkakan. Jika bertelur pun pengeluarannya adalah rendah.

Itik yang terlalu banyak menerima makanan pula akan terlalu cepat membesar. la akan bertelur terlalu awal, tetapi pengeluarannya rendah dan saiz telur adalah kecil. Itik-itik yang bertelur terlalu awal akan cepat berhenti daripada bertelur. Secara am, itik akan mula bertelur apabila telah mencapai berat badan 1.8 – 2.1 kg.

Jika Saya Ingin Menggunakan Makanan Komersial, Apakah Jenis-jenis Yang Boleh Saya Gunakan?

Duck Starter Crumble 1 hari – 3 minggu.Duck Grower Pellet 4 minggu – 15 minggu Duck Layer Pellet 16 minggu ke atas.

Jika Saya Ingin Mencampur Makanan Itik Saya Sendiri, Dari Mana Saya Boleh Perolehi Formulanya?

Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri atau Unit Ayamitik di Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan, Kuala Lumpur ada menyimpan beberapa formula yang sesuai untuk tujuan tersebut. Sila hubungi pihak kami untuk mendapatkan formula tersebut

Berapa banyakkah seekor itik telur yang sedang bertelur makan sehari?

Jika anda menggunakan makanan yang kering seperti makanan komersial, seekor itik telur memerlukan 140 – 160 gm sehari. Jika makanan tersebut telah dibancuh dengan air, ia mestilah sekurang-kurangnya 175 – 200 gm sehari.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement