Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Mengenai Permanian Beradas?

Apa itu permanian beradas?

Permanian beradas adalah satu cara boatan untuk mengahwinkan ternakan di mana benih ternak jantan (air mani) dimasukkan ke dalam alat kelamin ternak betina dengan menggunakan alat-alat tertentu.

Kenapa permanian beradas?

Dengan membiakkan ternakan melalui permainan beradas boleh:

  • CEPAT dan PESAT membesar
  • LEBIH menghasilkan daging
  • LEBIH banyak mengeluarkan susu
  • melahirkan anak yang lebih baik dari induknya, iaitu yang
  • memperluaskan penggunaan benih lembu pejantan baka yang bermutu tinggi.
  • menjimatkan masa, tenaga dan wang penternak kerana tidak perlu memelihara lembu pejantan.
  • mencegah daripada jangkitan penyakit kelamin.

Bilakah waktu yang paling sesuai lembu dipermanikan?

Ternak betina hanya boleh dipermanikan apabila ia menunjukkan tanda-tanda BIANG atau mahu mengawan

Apakah tanda-tanda biang yang boleh dilihat?

Tanda utama lembu betina mahu mengawan ialah apabila ia RELA DlPANJAT OLEH LEMBU~LEMBU LAIN, lain-lain tanda adalah:

  • berkelakuan luar biasa dan resah menggelisah
  • sentiasa melenguh-lenguh
  • kemaluannya lembab, kemerahan, bengkak dan mengeluarkan lendir
  • kadangkala selera makan dan pengeluaran susunya berkurangan.

Berapa lamakah keadaan biang atau jangkamasa berahi ini wujud?

Jangkamasa berahi ini wujud selama 24 jam sahaja. Oleh itu sebagai panduan kasar, apabila tanda-tanda berahi dilihat di sebelah pagi, lembu hendaklah dipermanikan di sebelah petang hari itu juga. Jika tanda-tanda tersebut dikesan di sebelah petang permanian akan dilakukan pada awal pagi keesokkan harinya. Lembu yang sihat dan tidak bunting akan datang biang tiap-tiap lebih kurang 21 hari.

Apakah keperluan asas yang patut disediakan?

Anda tidak perlu menyediakan banyak peralatan cuma sediakan tempat yang sesuai di mana ternakan boleh diikat dan pemeriksaan boleh dilakukan. Tetapi sebaik-baiknya sediakan pasung bagi tujuan permanian

Bagaimana menentukan benih lembu yang sesuai bagi tujuan permanian?

JENIS LEMBU DIPELIHARA

PILIHAN BAKA UNTUK KACUKAN

LID Friesian
Kacukan 50% Friesian Kacukan Tenusu Tempatan (MAFRIWAL)
Australian Friesian Sahiwal (AFS)
Friesian Sahiwal AFS
MAFRIWAL

Pada umur berapakah lembu patut mula dibiakkan?

Dengan penjagaan yang sempurna anak-anak lembu akan bersedia untuk dibiakkan apabila berumur antara 15-18 bulan.

Apakah pengaruh makanan terhadap pembiakan?

Makanan memainkan peranan yang sangat penting di dalam menentukan lembu-lembu membiak dengan sempurnanya. Berikan makanan baik dengan menyediakan secukupnya rumput yang subur dan makanan tambahan seperti dedak air garam serta bata garam. Anda dinasihatkan supaya menentukan makanan yang seimbang diberi setiap hari terutama bagi lembu lembu bunting berat dan juga yang mengeluarkan susu

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement