Mengapa penglibatan secara komersial itu penting?
Peternakan tenusu harus menjadi bidang kerja yang menguntungkan. Penglibatan secara kecilan dan sambilan tidak memberikan pendapatan yang memuaskan.
Bilangan lembu ibu menyusu bagi penternak komersial adalah tidak kurang dari 10 ekor. Untung bersih bagi seekor lembu tenusu yang diurus dengan sempurna adalah dianggarkan sebanyak $40.00 sebulan. Dengan 10 ekor lembu pendapatan bulanan adalah dianggarkan berjumiah $400.00.
Kerajaan sedang menggalakkan penternak menjadi penternak komersial selaras dengan Dasar Pertanian Negara (DPN).
Adakah perlu rekod ternakan dicatat?
Ya. Perlu.
Kerana hanya dengan membuat catatan sahaja penternak dapat mengetahui kedudukan ladangnya.
Perkara penting yang perlu dicatatkan termasuklah:
- Perlakuan yang berlaku kepada lembu
- Pengeluaran susu
- Perbelanjaan
Apakah sistem perekodan baru peternakan tenusu?
Program perekodan berkomputer peternakan tenusu – BANKDATA TENUSU.
Program ini mementingkan perhatian kepada setiap individu lembu ibu, penternak perlu merekod perlakuan lembu seperti beranak, suntikan, keluaran susu dan pemeriksaan kebuntingan ke dalam buku catatan. Data ini kemudiannya diproses menggunakan komputer. Maklumat darinya dalam bentuk laporan dan senarai tindakan tersedia untuk dimunafaatkan dan dapat meningkatkan mutu khidmat agen pengembangan Jabatan.
Apakah penyakit yang biasa menjadi masalah peternakan dan mengurangkan daya pengeluaran lembu?
Mastitis – jangkitan labu susu. Tidak subur dan panjang jarak beranak.
Mastitis disebabkan oleh kuman yang menyerang labu susu akibat pemerahan yang tidak betul dan tidak higenik. Hubungilah PPS berdekatan bila mengesyaki susu rosak atau tidak normal.
Lembu tidak subur sebahagian besarnya disebabkan tidak cukup makan. Penternak perlu ingat jika makanan tidak mencukupi yang pertama terjejas ialah tahap kesuburannya. Lembu akan menghadapi masalah untuk dibuntingkan.
Bagaimana produktiviti lembu dan ladang dapat ditingkatkan?
Produktiviti dapat ditingkatkan dengan:
- Memerah dengan cara yang higenik
- Memasukkan susu ke dalam bekas yang bersih
- Menghantar susu secepat mungkin ke PPS
Skim perlindungan lembu, apakah ianya perlu?
Lembu tenusu belian dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan dimasuRkan ke dalam Sekim Perlindungan lembu tenusu, dengan kadar $100.00 seekor. Ini adalah untuk mempastikan lembu dilindungi jika kematian bukan disebabkan oleh kecuaian penternak berlaku.
Saya membeli lembu menerusi jabatan, dan menjaganya dengan baik tetapi pengeluaran susunya amatlah rendah – 3 kg sahaja sehari. Apakah PPS dapat membantu saya mengatasi masalah ini?
Kerajaan mempunyai prinsip untuk membekalkan lembu bermutu kepada penternak. Jika penternak mempunyai rekod pengeluaran susu yang rendah itu dan ianya tidak disebabkan oleh kelemahan pengurusan ternakan, silalah berhubung dengan PPS untuk mengemukakan permohonan gantian lembu tenusu.
Apakah penternak harus ketahui mengenai susu sebagai makanan?
Susu segar adalah bahan makanan semula jadi kaya dengan berbagai zat, vitamin dan garam galian.
Susu Pasteran
Susu dimasak kepada sunu 71.7 C selama 15 saat kemudian disejukkan ke suhu 50C. Proses ini memusnahkan bakteria pathogenik. Susu tersebut tahan dan boleh diminum sehingga 5 hari asalkan disimpan dalam peti sejuk.
Susu Steril
- Susu dimasakkan ke suhu amat tinggi, 1500C selama 2 ke 3 saat, kemudian disejukkan. Susu ini mempunyai jangka hayat dan sesuai diminum sehingga 6 bulan bila disimpan di suhu bilik. Susu keluaran penternak adalah susu segar. Ianya kaya dengan khasiat semula jadi.
- Susu adun semula dari susu tepung yang diimport adalah berbeza dari susu segar dari segi kandungan zat permakanannya. Setengah-setengah zat seperti protin, vitamin A, B dan D berubah dan terjejas semasa proses pengeringan menjadi susu tepung.
Apakah perkara yang perlu saya ketahui berhubung dengan pemasaran susu?
Susu segar sebagai bahan makanan kaya dengan khasiat adalah mudah rosak. Oleh itu ia perlu dipasarkan dengan secepat mungkin.
Susu segar perlu dipasarkan setelah diproses kepada susu pasteran atau susu steril dengan atau tanpa perisa.
Jabatan Perkhidmatan Haiwan sedang memperkenalkan sistem pembayaran susu berdasarkan mutu. Susu digredkan berdasarkan kandungan pepejalnya.
Beberapa produk boleh dihasilkan dari susu untuk meningkatkan pasaran dan penggunaan susu segar. DADIH adalah di antara produk yang meningkat popular dan kian disukai ramai.