Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Sistem Perumahan Bagi Itik Telur

Terdapat dua sistem perumahan yang boleh dijalankan oleh penternak. Sistem pengurusan yang intensif memerlukan sebuah reban di mana itik telur tidak keluar daripada reban tersebut. Bagi pengurusan yang separa intensif, itik telur dikurung di dalam reban pada sebelah malam dan dilepaskan di kawasan lapang di luar reban yang berpagar. Sistem ini adalah lebih sesuai bagi pentemak yang ingin menjalankan projek temakan itik telur.

Berapakah luas lantai/tapak untuk reban telur itik?

Kawasan yang diperlukan adalah mengikut sistem pengurusan yang diamalkan. Secara am, sistem intensif boleh memuatkan bilangan itik telur yang lebih tinggi bagi setiap meter persegi jika dibandingkan dengan sistem separa intensif.

Jadual 2 menyarikan keluasan reban yang diperlukan bagi itik Jadual 2 : Keluasan Reban – Itik Tetur Sistem Perumahan Umur Itik Telur 1 hari hingga 4 minggu 5 minggu hingga 20 minggu 20 minggu ke atas Intensif 10 ekor / m2 6 ekor / m2 4 – 5 ekor / m2 Separa Intensif 8 ekor / m2 7 ekor / m2 2 – 3 ekor / m2

Sistem
Perumahan

Umur Itik Telur

1 hari
hingga
4 minggu

5 minggu
hingga
20 minggu

20 minggu
ke atas

Intensif

10 ekor / m2

6 ekor / m2

4 – 5 ekor / m2

Separa Intensif

8 ekor / m2

7 ekor / m2

2 – 3 ekor / m2

Bagi Penternak yang mengamalkan sistem separa intensif, reban beratap yang luasnya 7m x 20m dengan kawasan luar yang berukuran 14m x 2Orn Pdalah sesuai untui 500 – 600 ekor itik.

Bagaimana menjamin kulit telur yang bersih?

Bekas atau tempat bertelur hendaklah bersih, kering dan mencukupi untuk itik bertelur. Jika sarap dari abok papan atau sekam padi digunakan di dalam bekas bertelur buang sarap yang 4)asah dan gantikan dengan yang kering. Ukuran bekas untuk bertelur ialah 40 x 4(1 x 30cm dan satu bekas sesuai untuk 5 ekor itik. Selain daripada itu, kawasan reban hendaklah dibersihkan selalu daripada sampah sarap dan najis itik agar ia sentiasa bersih dan kering.

 

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement