Apakah Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan Untuk Mencegah dari Serangan Penyakit?
Untuk panduan umum, langkah-langkah kawalan penyakit yang minimum adalah seperti berikut:
- Sekitar kawasan hendaklah bersih
- Hadkan pegerakan pekerja dan kurangkan pelawat masuk
- Langkah kebersihan hendaklah diamalkan semasa menyentuh setiap arnab
- Lakukan rawatan seberapa yang boleh. Kalau tidak berjaya bolehlah ditakal (terutama kalau bilangan arnab banyak) dan cara ini telah diamalkan dikebanyakan negara lain.
- Tanamkan arnab yang mati dalam lubang yang jauh dari reban jika tidak/selepas post mortem).
- Dapatkan stok arnab dari ladang arnab yang mempunyai mutu kesihatan yang tinggi.
- Jika berlaku kematian yang mengejut dan melibatkan bilangan arnab yang banyak, lapor dengan segera kepada Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang berhampiran.
- Menyimpan rekod
Apakah Kepentingan Menyimpan Rekod dalam Penternakan Arnab?
Kepentingan menyimpan rekod adalah untuk:
- Mengetahui jumlah ternakan arnab mengikut peringkat umur, jantina dan baka.
- Untuk mengetahui prestasi setiap ekor terutama dalam pemilihan anak untuk dijadikan baka.
- Untuk memudahkan program pembiakan.
- Memudahkan kerja harian seperti menguruskan (mengendalikan) arnab yang bunting, beranak dan menjalankan proses cerai susu.