Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Cara Menanam dan Pembajaan

Penanaman

2 cara menanam

  1. Menggunakan biji benih
  2. Menanam secara tampang

Biji benih boleh ditabur dengan tangan atau menggunakan mesin seperti ‘seedavator’. Kadar secara umum bagi biji benih rumput adalah 3-6 kg/hektar dan benih kekacang adalah 2-5 kg/hektar. Dalam pastura campuran (rumput dan kekacang), nisbah kekacang harusia tidak melebihi 40%.

laitu menggunakan keratan batang, jalaran/stolon atau anak. Cara ini dilalkukan ke atas pastura yang tidak berbunga atau berbunga tetapi tidak boleh bercambah seperti Napier. Keratan boleh ditanam mengikut barisan sama ada secara cucuk atau baring. Keratan boleh juga ditabur rata dan diputar ke dalam tanah dengan meialukan rotovator. Menanarn menggunakan anak dilakukan apabila biji benih tidak diperolehi dan bukan dari jenis menjalar.

la boleh dilakukan beberapa hari sebelum berbunga. Keadaan ini dapat dianggarkan iaitu apabiia sebahagian kecil dari rumput dipetak mula berbunga.

Untuk memudahkan pengurusan, boleh juga berdasarkan jangkamasa rehat di antara setiap pemotongan/ragutan, iaitu purata 4-5 minggu.

Bagaimana cara menyediakan tanah ?

Sebelum kerja menyediakan tanah dijalankan, terlebih dahulu hendaklah dibersihkan dari sebarang tumbuhan, batang-batang pokok, tunggul-tunggul kayu dan sebagainya. Perparitan perlu dibuat sekiranya kawasan berair.

Ada 3 peringkat penyediaan tanah, iaitu:

  1. Membajak
  2. Menyikat/memecah
  3. Memutar

Kerja-kerja ini sebaiknya dibuat di awal musim kering dan di setiap peringkat mesti dilakukan dengan sempurna untuk mendapatkan struktur tanah yang sesuai di samping memperbaiki daya pemegangan air bagi perkembangan akar dan pertumbuhan seterusnya.

Jenis tanaman dan
bentuk pengurusan

Kadar baja (kg/hektar/tahun)
Rumput tulin
– pengurusan secara ragutan
150 – 200 N
40 – 60 P
50-100 K
(326-345 Urea)
(199-298 TSP)
(100-200 MP)
Rumput tulin
– Pengurusan secara potong dan angkut
200 – 300 N
40 – 60 P
100 – 150 K
(435-652 Urea)
(199-248 TSP)
(200-300 MP)
Rumput bercampur kekacang
– Pengurusan secara ragutan
40 – 50 P
50 – 100 K
(199-248 TSP)
(100-200 MP)
Rumput becampur kekacang
– Pengurusan secara potong dan angkut
50 – 60 P
150 – 200 K
(248-298 TSP)
(300-400 MP)
Petai Belalang / Ipil-ipil 40 – 60 P
50 – 100 K
(199-298 TSP)
(100-200 MP)

 

Pastura / Foder

Purata Hasil Bahan Kering
(tan / hektar / tahun)

Rumput Signal

25.5

Rumput Para

12.1

Rumput Guinea
– cv. Colonio
– cv. Hamil

18.6
17.6

Rumput Napier
– Local
– Uganda

23.2
16.9

Rumput Slendida

17.6

Rumput Kazungula

18.2

Pembajaan

Pembajaan adalah sangat perlu bagi memastikan hasil dan mutu pastura/foder akan sentiasa tinggi.

Baja boleh dijeniskan kepada 2, iaitu:

  1. Baja asli (boleh diperolehi dari najis ternakan dan kompos).
  2. Baja kiinia (baja dagangan yang diproses secara kimia).

Jenis pembajaan juga terbahagi 2, iaitu:

  1. Pembajaan permulaan iaitu dibuat beberapa hari sebelum atau pada masa menanam.
  2. Pembajaan pengurusan iaitu pembajaan selain dari pembajaan permulaan.

Kadar secara umum bagi rumput tulin (tidak bercampur kekacang) ialah N:P:K = 60:30:30, iaitu 60 kg. Nitrogen/hektar : 30 kg. Phoshorus/ha : 30 kg. Kalium/ha.

Jika kawasan berkenaan adalah tanah baru dibuka, hanya baja phosphate perlu ditambah untuk menggalakkan pertumbuhan akar. Baja Triple Super Phosphate (TSP) dengan kadar 250 kg/ha. adalah mencukupi.

Untuk petak kekacang atau rumput bercampur kekacang, kadar pembajaan adalah P : K = 30 : 30

“MINAT DAN USAHA” adalah kunci untuk anda berjaya.

Setiap hari, ternakan anda meffiedukan pastura/foder segar sebanyak 10% daripada berat badan mereka.

Sebelum diberi kepada ternakan, foder boleh dipotong-potong pendek menggunakan mesin mencincang foder (forage chopper). Anda akan lihat perbezaan yang menakjubkan.

Anda boleh berhubung terus dengan PEJABAT VETERINAR DAERAH yang berhampiran atau IBU PEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI masing-masing.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement