Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Pengurusan dan Penjagaan

Apakah cirl-ciri kandang yang baik?

  • Mempunyai lantai simen kukuh dan mudah dibersihkan
  • Mempunyai sistem longkang dan buangan yang teratur
  • Palung makanan dan air yang teratur dan mudah dibersihkan 6
  • Keluasan lantai yang mencukupi – untuk seekor lembu ibu tenusu memerlukan ruang berdiri tidak kurang dari 24 kaki persegi (6′ x 4′).
  • Mempunyai sistem pengudaraan yang baik

Bagaimana pula dengan lembu?

Lembu tenusu yang sesuai adalah jenis kacukan Friesian Sahiwal. Ianya juga dikenali sebagai lembu baka MAFRIWAL

Lembu-lembu ini boleh didapati menerusi Jabatan Perkhidmatan Haiwan, dengan harga $1100.00 seekor. Penternak boleh juga mendapatkan sendiri menerusi lain-lain penternak yang ingin menjual lembunya mengikut harga pasaran semasa.

Apakah sistem pengurusan yang boleh dipraktiskan?

  • Sistem semi-intensif: Jika terdapat kawasan ragutan berhampiran seperti ladang-ladang getah dan kelapa sawit yang membenarkan lembu meragut di dalamnya, sistem ini adalah sesuai. Lembu meragut di siang hari di kawasan ragutan dan di kandang di waktu malam. Tambahan rumput, dedak, air dan garam galian tersedia di kandang bagi keperluan petang, malam dan awal pagi.
  • Sistem intensif: Lembu-lembu di kandang sepenuh masa. Rumput potongan dan lain-lain makanan tersedia di kandang sepanjang masa.

Apakah kerja harian penternak tenusu itu?

Di antara kerja-kerja harian penternak tenusu itu, termasuklah:

  • Membersihkan lembu dan kandang
  • Memerhati perlakuan lembu, mencatat lembu yang tidak sihat atau berahi
  • Memberi makan (rumput, dedak dan garam galian) dan minuman yang cukup.
  • Memerah dan menghantar susu ke PPS
  • Mendapatkan rumput atau mengawasi lembut meragut

Mengapa makanan yang mencukupi dan bermutu itu penting?

Lembu tenusu memerlukan makanan yang banyak. Ia memerlukan rumput segar seberat 10% dari berat badannya. Untuk berat badan 400 Kg kira-kira 40 Kg (2 guni) rumput adalah diperlukan. Di samping itu ia juga memerlukan makanan tambahan untuk membolehkan ianya mengeluarkan susu dengan memuaskan. Sebagai panduan, dedak diperlukan adalah sebanyak 1 Kg bagi setiap 2 Kg susu yang dihasilkan dalam sehari.

Secara kasar lembu perlukan makanan untuk sara-hidup, pengeluaran (susu atau daging) dan juga untuk membiak. Bila bekalan makanan tidak mencukupi lembu pertamanya akan mengalami masalah membiak, kemudian rendah pengeluaran susu dan seterusnya menjadi kurus dan tersiksa.

Mengapa lembu tenusu perlu dibiakkan?

Lembu tenusu perlu membiak dan beranak sebelum ianya mengeluarkan susu. Kelewatan lembu beranak semula menyebabkan jangka masa kering yang panjang dan akan menjejas sumber hasil usaha peternakan.

Untuk mempastikan lembu anda dapat membiak dengan sempurna sila tentukan permakanan yang cukup dan lembu tersebut dikahwinkan atau disuntik secepat mungkin selepas beranak.

Adakah pengesanan berahi (tanda biang) itu penting?

Ya. Amat penting.

Lembu-lembu hanya akan kahwin atau boleh disuntik bila berahi. Pusingan berahi pada keadaan normal akan memakan masa 3 minggu. Kelalaian dalam mengesan berahi ini akan menyebaLkan lembu lewat dikahwinkan, anak berikutnya lewat diperolehi dan laktasi seterusnya lambat bermula. Ini adalah merugikan.

Bagaimana pula dari segi pemerahan susu?

Terdapat dua cara pemerahan susu di jalankan.

Pertama – menggunakan tangan.

Ianya memerlukan tenaga dan kemahiran pemerahan yang betul. Tiga perkara penting perlu diperhatikan dalam pemerahan menggunakan tangan.

  • Cara pemerahan yang haigenik tangan bersih, puting susu yang bersih, susu diperah ke dalam bekas yang bersih
  • Perahlah secepat yang mungkin
  • Sususan jari yang betul di kala memerah dapat mengelak puting susu dari terluka

Kedua– menggunakan mesin.

Ia memerlukan modal pokok tambahan. Memandangkan ianya melibatkan kos tambahan penggunaannya adalah digalakkan bila bilangan lembu mengeluar susu telah meningkat tidak kurang dari 10 ekor.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement