PENGUMUMAN KEPADA PEMOHON LESEN PENTERNAKAN BABI
1. Permohonan Lesen Penternakan Babi telah dibuka bermula tarikh : 24 Mac 2025 sehingga 31 Mac 2025
2. Syarat-syarat permohonan Lesen Penternakan Babi untuk Sesi Julai 2025 – Disember 2025
A. Pelan susun atur ladang babi (diperakui oleh pelukis plan bertauliah: Lembaga Arkitek Malaysia/ Juruukur Berlesen di Bawah Akta 458/ Perancang Bandar) yang menunjukkan :
- Tempat, dimensi dan saiz kandang yang dicadangkan, sistem pengolahan sisa, kolam air dan struktur lain. Pelan susun atur ini mestilah menggariskan tanah yang digunakan bagi maksud berikut: iaitu kawasan pengeluaran babi, sistem pengolahan sisa, simpanan air dan mana-mana kawasan lain yang boleh digunakan dalam memberikan maklumat mengenai pelan susun atur tersebut.
- Jarak minimum kawasan hijau dari cucur atap babi ke sempadan ladang hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.
- Setiap ladang babi dibina sepanjang 5 meter perimeter sempadan ladang atau sepanjang sempadan yang sama dengan ladang jiran, jika semunasabah perlu, dikhaskan sebagai parit rizab.
- Bekalan simpanan air yang boleh membekalkan simpanan air selama minimum 30 hari untuk minuman babi dan kegunaan lain.
- Suatu kawasan seluas satu meter persegi bagi satu Populasi Babi Dirian hendaklah di rizab untuk sistem pengolahan sisa.
- Bangsal babi hendaklah tidak lebih daripada 10 meter lebar, dan hendaklah di rizab untuk pengolahan sisa.
- Lantai tanah tidak boleh digunakan di dalam bangsal babi.
B. Pemohon lesen hendaklah memastikan premis bagi tujuan pemeliharaan babi telah selesai mematuhi Perintah nyahjangkitan di bawah Seksyen 23 Akta Binatang 1953 ATAU premis penternakan babi bukanlah premis yang diperintahkan untuk dinyahjangkitan mengikut Seksyen 23 Akta Binatang 1953
3. Permohonan lengkap boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Kuala Langat
4. Tarikh Keputusan permohonan Lesen Penternakan Babi akan diberitahu selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025
Bahagian Regulatori
Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Negeri Selangor