KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PERKEMBANGAN SIASATAN KES TULAR MEMBABITKAN KEMATIAN SEEKOR ANJING DI SEKITAR PELABUHAN KLANG, SELANGOR

 

 

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG PERKEMBANGAN SIASATAN KES TULAR MEMBABITKAN KEMATIAN SEEKOR ANJING DI SEKITAR PELABUHAN KLANG, SELANGOR

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (JPV Selangor) ingin memaklumkan bahawa pada 5 Ogos 2026, kertas siasatan melibatkan kes kematian satu (1) ekor anjing di sekitar Pelabuhan Klang yang tular baru – baru ini telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk semakan dan penelitian.

Beberapa cadangan berhubung dengan hasil siasatan kes ini turut dikemukakan oleh JPV Selangor kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya. Tindakan selanjutnya akan diambil oleh JPV Selangor setelah arahan lanjut diperolehi dari Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

Oleh itu, JPV Selangor menyeru orang ramai untuk kekal bertenang dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa menjalankan tugas mengikut proses undang – undang.

JPV Negeri Selangor juga sekali lagi ingin memberikan jaminan bahawa siasatan kes ini dibuat secara telus dan adil serta tidak dipengaruhi sama sekali dengan pandangan dan kenyataan bebas yang dibuat oleh pihak – pihak yang tidak berkaitan sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sebaliknya, siasatan yang dijalankan oleh JPV Selangor adalah berdasarkan kepada fakta dan keterangan yang ada selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR NEGERI SELANGOR
5 OGOS 2026

#veterinarkompetenmasyarakatsejahtera
#dvssel

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement