Jata Malaysia
Jata Selangor
DVS
Laman Web Rasmi

Piagam Pelanggan

01

Perkhidmatan kaunter : sentiasa membantu dan melayani pelanggan.

02

Melayan dan menjawab semua aduan dalam tempoh tidak lebih tujuh (7) hari bekerja dari tarikh terima aduan tersebut.

03

Pengeluaran Akuan Kebenaran Pindah Keluar (AKPK) bagi ternakan hidup atau produk ternakan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan lengkap diterima.

04

Perkhidmatan dan rawatan haiwan kesayangan di Klinik Veterinar / Pusat Rawatan Veterinar akan diberikan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran.
Walau bagaimanapun tempoh ini tertakluk kepada :
  • Bilangan haiwan yang dirawat sebelumnya melebihi tiga (3) ekor.
  • Rawatan kepada haiwan yang sebelumnya tidak melibatkan kes rawatan kronik dan kecemasan.
  • Jumlah pelanggan tidak melebihi tiga (3) orang pada satu-satu masa ketika tempoh menunggu
  • Haiwan kesayangan : kucing, anjing, unggas, arnab.

05

Perkhidmatan rawatan di lapangan bagi kes kecemasan akan diberikan kepada penternak berdaftar dalam tempoh 12 jam daripada waktu terima permohonan / aduan

06

Perkhidmatan penyiasatan penyakit di lapangan dijalankan dalam tempoh 24 jam daripada waktu terima aduan / laporan.

07

Mengeluarkan lesen atau Sijil Pendaftaran berkaitan Akta Makanan Haiwan dalam tempoh lima puluh sembilan (59) hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima

08

Kelulusan memperbaharui Lesen Menternak Unggas / Babi dalam tempoh (90) hari bekerja selepas penerimaan dokumen yang lengkap dan mematuhi syarat lesen

09

Kelulusan bagi permohonan pensijilan myGAP, myOrganic, VHM, GVHP yang lengkap dan akur pengauditan dalam tempoh satu ratus dua puluh (120) hari waktu bekerja

10

Bagi perkhidmatan lapangan, khidmat nasihat, bimbingan dan teknikal diberikan kepada penternak berdaftar dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas permohonan.

11

Memberi khidmat nasihat kepakaran teknikal untuk Program Pengembangan Veterinar dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan dibuat bagi maklumbalas awal dan langkah susulan dalam masa empat belas (14) hari bekerja kemudian.

Kemudahan Aksesbiliti

Malaysia's official open data portal
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom splwpk-publication MyHRMIS Mobile
No latest announcement