Fungsi
- Merancang dan melaksanakan urusan pentadbiran dan pengurusan pejabat
- Mengurus dan melaksanakan urusan sumber manusia warga Jabatan seperti urusan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan HRMIS warga Jabatan
- Menguruskan dan mengawal peruntukan belanja mengurus Jabatan.
- Menguruskan perolehan bekalan dan perkhidmatan Jabatan secara pembelian terus, sebut harga atau tender
- Mengurus dan memantau setiap urusan pembayaran dan penerimaan hasil Jabatan termasuk Akaun Amanah dan Deposit
- Menguatkuasa peraturan dan langkah keselamatan serta perlindungan dokumen terperingkat Jabatan
- Mengurus dan memantau pengurusan asset, stor, fasiliti dan kuarters Jabatan
- Mengurus dan mengendalikan khidmat perhubungan pelanggan
- Menguruskan kenderaan (kawalan kenderaan, keselamatan kenderaan, dan kebersihan kenderaan)
- Bertanggungjawab dalam tugas-tugas sokongan fizikal
- Menguruskan penyelenggaraan sistem computer
CARTA ORGANISASI
Bahagian Khidmat Pengurusan
- KETUA BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSANPEGAWAI TADBIR N9MOHD MUKTAFI BIN SARPAN
- SEKSYEN PENTADBIRANPEMBANTU TADBIR (P/O) N2SYAIFULNIZAM BIN HALIK
- UNIT PENTADBIRANPEMBANTU TADBIR (P/O) N2 (TBK)SITI NAFISAH BINTI LATTIF TEEPEMBANTU TADBIR (P/O) N2 (TBK)NOR SARA BINTI ABD KORNINPEMBANTU KHIDMAT AM H1MUHAMMAD LUQMAN ALHAKIM BIN SHARUL AFFENDIPEMBANTU OPERASI H1MUHAMMAD SYAFIQ BIN MISBAHPEMBANTU KHIDMAT AM H1MOHD ASWAD BIN MOHD AYOBPEMANDU H1MUHAMMAD FAIZUDIN BIN ABDUL RAHMANPEMBANTU KEMAHIRAN H1Kosong
- UNIT KHIDMAT PELANGGANPEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N2 (TBK)DHURGA A/P MARATHA PILLAI
- SEKSYEN KEWANGAN, HASIL & PEROLEHAN
- UNIT HASILPEMBANTU TADBIR (KEW) W2JALWATI BINTI JALALUDINPENOLONG AKAUNTAN W5 (KUP)JUMAYAAH BINTI MESRIPEMBANTU TADBIR N1 (MYSTEP)SITI SUHAILA BINTI ADENAN
- UNIT KEWANGAN & PEROLEHANPEMBANTU TADBIR (KEW) W2WAN EZADTUL AZHAR BIN MOHD SALLEHPENOLONG AKAUNTAN W5 (KUP)SALIZA BINTI HARONPEMBANTU TADBIR (KEW) W1ADI ZUDDIN BIN MOKHTAR
- KEWANGAN (PERSEKUTUAN)PEMBANTU TADBIR (KEW) W2NORIHAN BINTI ABDUL MUTALIB
- SEKSYEN PENGURUSAN
ASET & FASILITIPENOLONG PEGAWAI TADBIR N5NOOR DIYANA BINTI YAAKOBPEMBANTU TADBIR N1 (MYSTEP)AINA NAJIHA BINTI MOHAMAD HAMIZAN- UNIT ASET & FASILITIPEMBANTU KHIDMAT AM H1SITI ARFADZIL BINTI ROSSLY
- SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMATPENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT FA5 (KUP)FAWWAZ BIN ABDUL AZIZPEMBANTU TADBIR N1 (MYSTEP)NUR AINNA NAJWA BINTI SHAROL ZAMAN
- PERKHIDMATAN & INTEGRITIPENOLONG PEGAWAI TADBIR N5INTAN MARIANA BINTI MAT ISA
- PERKHIDMATAN/HRMISPEMBANTU TADBIR (P/O) N2ABD RAHMAN BIN KAMARUDIN
- UNIT HRMISPEMBANTU TADBIR (P/O) N1SITI NOR AZIMAH BINTI ABDULLAH
- UNIT PERKHIDMATANPEMBANTU TADBIR (P/O) N2 (TBK)SITI ZAINON BINTI MOHD MIMBARPEMBANTU TADBIR (P/O) N1KHAIRUNNISA BINTI AHMAD KHIRPEMBANTU KHIDMAT AM H1KOSONG
- INTEGRITIPEMBANTU TADBIR (P/O) N1NURUL SYAMIM AMALINA BINTI MISPAR
Seksyen Aset
Seksyen ICT
Seksyen Kewangan
Seksyen Pentadbiran
Seksyen Perkhidmatan
Seksyen Perolehan
Seksyen Aset
Seksyen Aset
- Menerima, mendaftar, menyelenggara aset alih di bawah kawalan, penyimpanan, penempatan dan pelupusan serta hapus kira.
- Memaklumkan edaran aset dan pegawai penyelaras aset bahagian/daerah membuat pelabelan aset
- Memastikan aset dijaga dengan baik di jabatan dan daerah.
- Menyediakan Laporan Tahunan Aset dan Stor (sebelum 15 Mac setiap tahun)
- Menyediakan Laporan Suku Tahun Aset dan Stor Jabatan setiap suku tahun
- Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK)
- Menerima dan mendaftar, stok di bawah kawalan, penyimpanan, penempatan dan pelupusan serta hapus kira stok di Stor Utama.
- Mendapatkan laporan stor setiap suku tahun di Stor Utama jabatan.
- Menghantar laporan suku tahun stor setiap penghujung suku tahun ke Perbendaharaan
- Menerima dan mendaftar aset hidup (haiwan) di bawah kawalan, penyimpanan, penempatan dan pelupusan serta hapus kira.
- Menghantar laporan suku tahun aset hidup setiap penghujung suku tahun ke Perbendaharaan.
- Pengemaskinian dan perekodan tanah dan bangunan kerajaan untuk tujuan sistem akruan
- Memastikan stok di Stor Utama dijaga dan diurus dengan baik
- Menguruskan rekod kemasukan stok baharu dari pembekal
- Menguruskan pengeluaran stok berdasarkan permohonan dari Bahagian/ Daerah.
- Menyediakan laporan stor setiap suku tahun di stor utama jabatan
- Menghantar laporan suku tahun stor setiap penghujung suku tahun kepada pegawai aset
- Menjadi penyelaras bagi proses Verifikasi Stok setiap tahun di Stor Utama
- Menjalankan proses pelupusan dan hapus kira bagi stok tidak aktif
- Membantu pegawai aset menyediakan laporan Tahunan Eksekutif stor
Seksyen ICT
Seksyen ICT
Penyelenggaraan, Pembaikan, Rangkaian dan Keselamatan Di Pejabat Dan Pejabat Veterinar Daerah- Melaksanakan ‘trouble-shooting’ dan kerosakan bagi peralatan ict dan khidmat nasihat.
- Melaksanakan penyelenggaraan kemudahan infrastruktur ict perkakasan, perisian dan sistem keselamatan
- Mengurus rangkaian (LAN/WAN) dan WiFi
Pengendalian Sistem
- Mengurus dan memasang perisian komputer.
- Mengurus emel jabatan dan active directory
- Menguruskan WEB Jabatan
Aset ICT
- Menguruskan pinjaman peralatan ICT.
- Menguruskan pelupusan aset
Seksyen Kewangan
Seksyen Kewangan
- Memproses bayaran Emolumen Kakitangan Tetap dan Kontrak bagi 5 daerah.
- Memproses bayaran gaji bagi Kakitangan Sambilan.
- Memproses permohonan Pesanan Tempatan, Inden dan Baucar Bayaran.
- Merekod, menyimpan surat jaminan bank / bon pelaksanaan dan menyediakan surat pelepasan setelah perakuan siap kerja dikeluarkan pegawai projek.
- Menyemak dan memproses tuntutan elaun (lebih masa, perjalanan, makan, harian, lojing, hotel, kemudahan perubatan, penceramah, perpindahan, pakaian panas, istiadat, dan lain-lain) bagi 5 daerah.
- Memproses bayaran kontrak jabatan bagi vot mengurus osol 29000.
- Memproses dan menunaikan baucer bayaran Panjar Wang Runcit bagi 5 daerah.
- Memproses dan menghantar Sijil Akhir Panjar Wang Runcit tahunan.
- Memohon pindah peruntukan bagi keperluan Bajet Mengurus dan Pembangunan jabatan.
- Memproses dan mengeluarkan Resit Rasmi bayaran balik, hasil dan penyata pemungut harian jabatan.
- Memohon bayaran AP58a ke Perbendaharaan Negeri Selangor.
- Mencetak dan menyediakan Laporan Bulanan Vot Mengurus jabatan.
- Merekod dan menyelia peruntukan mengurus jabatan bagi osol 10000, 21000, 22000, 24000, 25000, 27000, 29000, 30000 dan 40000 melalui Laporan Harian Buku Vot jabatan.
- Menyedia dan memohon ID pengguna untuk penyedia, penyemak, pelulus dan pembatalan untuk mengakses masuk ke dalam sistem iSPEKS dan borang had kuasa AP101.
- Memohon Token untuk ID pengguna sistem iSPEKS ke Digicert Sdn Bhd dan Perbendaharaan Negeri Selangor.
- Menyediakan Anggaran Bajet Mengurus tahunan jabatan perkhidmatan veterinar negeri selangor.
- Memohon penggantian EFT / Cek Terbatal bagi akaun bank EFT / Bayaran.
- Membantu menyelia dokumen kewangan di dalam bilik fail kewangan.
- Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarah dari semasa ke semasa.
Seksyen Pentadbiran
Seksyen Pentadbiran
- Menyelaras semua kenderaan jabatan, pemandu dan jadual penggunaan kenderaan jabatan.
- Menyelaras semua prasarana jabatan bagi tujuan penggunaan/sewaan seperti Bilik Gerakan 1, Bilik Gerakan 2, Bilik Irish, Bilik Krisis dan BDC.
- Menyelaras kerja-kerja pentadbiran yang berkaitan dengan kuarters jabatan/daerah termasuk permohonan kuarters/keluar kuarters dan aduan
- Menyediakan laporan kad perakam waktu bagi pegawai dan kakitangan JPV Selangor untuk di hantar ke Unit Integriti PSUK Selangor.
- Menyelaras pengurusan Buku Rekod Perkhidmatan iaitu mengemaskini maklumat kursus-kursus bagi kakitangan JPV Selangor
- Menyelaras pengurusan mesyuarat Pengurusan Jabatan.
- Menghantar surat-surat rasmi jabatan ke jabatan dan agensi kerajaan yang lain.
- Mengepos surat-surat rasmi jabatan.
- Mengedar surat dalaman/pekeliling/surat panggilan mesyuarat kepada seksyen/unit/kakitangan yang berkenaan.
- Membuat salinan dokumen/surat/memo dan lain-lain.
- Mencari dan mencatit minit di dalam fail.
- Menerima/membuka surat daripada luar dan cop tarikh penerimaan.
- Menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
- Menjawab panggilan telefon.
- Bertanggungjawab mengendalikan semua panggilan telefon daripada luar yang berurusan dengan jabatan
- Bertanggungjawab mengendalikan semua panggilan telefon daripada dalam
- Bertanggungjawab mengendalikan khidmat perhubungan pelanggan
- Membantu Mengumpul, menyelenggara aduan pelanggan
Seksyen Perkhidmatan
Seksyen Perkhidmatan
- Mengurus dan menyelaras urusan penerimaan dan penempatan pegawai.
- Mengurus dan menyelaras urusan perletakan dan pelepasan jawatan serta penamatan perkhidmatan pegawai.
- Mengurus dan menyelaras urusan pengesahan lantikan pegawai termasuk perlanjutan tempoh percubaan dan kemasukan ke jawatan berpencen atau KWSP.
- Mengurus dan meyelaras permohonan pengambilan pekerja sambilan.
- Mengurus dan menyelaras urusan pergerakan gaji pegawai.
- Mengurus dan menyelaras urusan penyediaan kertas cadangan kenaikan pangkat pegawai di Jabatan
- Menyelaras urusan persaraan wajib atau pilihan pegawai
- Menguruskan permohonan semua jenis kemudahan seperti tambang wilayah, bayaran balik perubatan, pakaian istiadat / Black Tie, pakaian panas, bayaran insentif wilayah, bayaran Insentif Kewangan dan Bayaran ITP.
- Menguruskan permohonan semua jenis pinjaman seperti pinjaman komputer, perumahan, dan kenderaan.
- Menyelaras dan menguruskan urusan permohonan pertukaran perkhidmatan dan tempat bertugas pegawai
- Menguruskan urusan cuti pagawai seperti cuti tanpa rekod, cuti tanpa gaji, cuti separuh gaji dan cuti sakit lanjutan.
- Menguruskan dan menyelaras Panel Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan dan urusan Penerimaan atau Kurniaan Bintang Kebesaran di kalangan pegawai.
- Menyelaraskan aktiviti pengemaskinian data asas pegawai di dalam sistem HRMIS
- Menyelaraskan pelaksanaan Sub Modul seperti Pengurusan Cuti dan Pengisytiharan Harta, Surat Pengesahan Diri dan Pengakuan Pegawai (GL) untuk rawatan perubatan di dalam sistem HRMIS
- Memantau dan memberi khidmat nasihat dan latihan penggunaan HRMIS kepada pegawai di Jabatan
- Menguruskan dan menyelaras Panel Anugerah Khidmat Cemerlang, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan dan urusan Penerimaan atau Kurniaan Bintang Kebesaran di kalangan pegawai.
Seksyen Perolehan
Seksyen Perolehan
- Merancang dan menyediakan jadual tahunan pelaksanaan perolahan
- Menguruskan permohonan perolehan sebut harga dan tender bagi memastikan dokumen sokongan mencukupi dan mengikut Pekeliling dan tatacara perolehan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
- Melaksanakan pelantikan Jawatankuasa yang terlibat dalam sebut harga tender termasuk penyediaan surat dan memo
- Menyediakan dokumen berkaitan perolehan termasuk Minit Mesyuarat, Kertas Taklimat Tender atau Sebut harga, Integriti Pact pegawai.
- Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Sebut Harga (JKSH)
- Menyediakan Kontrak Perjanjian dan Surat Setuju Terima bagi sebut harga dan tender di Jabatan
FAQs





