Perutusan Pengarah untuk Laman web

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor adalah sebuah jabatan yang memberi perkhidmatan veterinar kepada para pelanggan yang terdiri dari para penternak, agropreneur, pengimport, pengeksport dan pemilik haiwan serta masyarakat.  DVS Selangor sentiasa berusaha untuk meningkatkan produktiviti sektor penternakan supaya ianya mampu bersaing dengan sektor ekonomi lain dan terus dapat bertahan untuk mengeluarkan protein berasaskan ternakan kepada penduduk negeri ini.

Laman web ini dibangunkan bagi membantu Jabatan Perkhidmatan Veterinar mempromosikan dan memberitahu kepada pelanggan jabatan mengenai perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan bagi memastikan penternakan terus berkembang maju dengan ternakan peliharaan yang sihat dan bebas dari penyakit berkepentingan ekonomi dan zoonotik serta selamat untuk di makan.

Maklumat dalam laman web ini akan sentiasa dikemaskini bagi  memastikan pelawat mengetahui perkembangan terkini dalam industri penternakan.

Diharap agar laman web Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor ini dapat memberi faedah dan kebaikan kepada semua demi kepentingan bersama.


Dr. Hassuzana binti Khalil


Pengarah

Jabatan Perkhidmatan Veterinar

Negeri Selangor