Soalan Lazim Import Haiwan Kesayangan

Segala urusan import eksport adalah dibawah bidang kuasa dan tanggungjawab Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) sepenuhnya. Pihak MAQIS hanya akan mengeluarkan permit eksport setelah Sijil Kesihatan Veterinar (SKV) diperolehi daripada pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS).

DVS hanya akan mengeluarkan SKV setelah segala peraturan menimport negara pengimport dipatuhi.

Tempoh sah laku SKV adalah dalam tempoh 7 ke 10 hari bergantung kepada Negara.

Haiwan eksotik asal hidupan liar mungkin tertakluk kepada syarat-syarat pemuliharaan hidupan liar dibawah CITIES. Sila rujuk kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk maklumat lanjut.