Seimbas Lalu.....

Dalam era tahun 50an, Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor ditempatkan di sebuah bangunan lama di Jalan Tangsi, Kuala Lumpur (berhadapan Bank Rakyat sekarang ini).Manakala dalam tahun 60an pula, Jabatan ini dipindahkan pula ke sebuah bangunan lain di Jalan Spooner, berhadapan dengan Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. [Sekarang menjadi pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur].

 Pada tahun 1971, Jabatan ini telah berpindah bagi kali kedua ke sebuah komplek sendiri yang terletak di Seksyen 52, Petaling Jaya.Selain dari Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor,di komplek ini terdapat juga Makmal Diagnosa Kawasan yang ditadbir oleh Kerajaan Persekutuan.

                Untuk memenuhi hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan semua Ibu Pejabat Jabatan Kerajaan Negeri DIPUSATKAN di Ibu Negeri Selangor, iaitu di SHAH ALAM, maka pada bulan Oktober tahun 1993 Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri Selangor telah berpindah ke bangunan barunya yang terletak di Lot 2 Jalan Utas 15/7, 40630 Shah Alam dan dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor

 

Dahulu.....

 

Sekarang.....

 

[Laman Utama]